Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni

Malaysia itu adalah Negara

Terbina dari rasa hormat

Memahami dan saling mengerti

Berilmu dan bercinta

Berbudi dan berbahasa

 

Terima kasih Puan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana,   Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni.

 

Hadirin sekalian,

Sejak zaman berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang menitikberatkan nilai-nilai budi dalam setiap perbuatan dan pergaulan. Mereka sentiasa meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap terhadap kehidupan berhemah.

 

Namun, nilai-nilai murni dan budi bahasa semakin terhakis dan adab kesopanan semakin terkikis sehinggakan kerajaan terpanggil untuk mewujudkan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni”, bagi memulihkan keadaan ini semula.

 

Hadirin yang dihormati,

Memang sewajarnya generasi kini dan akan datang perlu diberi peringatan tentang betapa pentingnya amalan berbudi bahasa dan nilai murni agar tidak terjerumus dalam kegiatan yang bertentangan dengan budaya murni masyarakat Malaysia.

 

Hal ini demikian kerana dewasa ini keadaan sosial dan kesedaran sivik masyarakat umum semakin mencemaskan. Sikap manusia semakin ego, biadab, dan kasar sehingga sanggup membunuh kerana kesalahan yang kecil. Urusan di kaunter perkhidmatan tidak kagi dilayan dengan mesra dan senyuman. Orang muda tidak lagi menunjukkan hormat kepada orang tua, dan orang tua pula tidak lagi menunjukkan nilai-nilai baik yang dapat dijadikan ikutan orang muda.

 

Budi bahasa yang baik serta nilai-nilai murni perlu dikekalkan untuk mewujudkan rasa hormat antara satu sama lain. Biarlah kita kekal dengan budaya Timur yang tidak akan lapuk dek zaman.

 

Budi bahasa dan amalan murni tidak boleh bercambah dengan membiarkan dalam keadaan yang sedia ada. Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama-sama untuk mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi.

 

Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi:

Sayang sampan patah berbunyi

Memburu rusa di Pulau Angsa

Indah tampan kerana budi

Tinggi bangsa kerana bahasa

 
* 这是临时改的稿, 用了不到三天来背… 所以呈现出来的效果不好.
Advertisements

About ashley 诗韵
不擅于表达, 但是擅于生活. 不热爱文字, 但是热爱生命.

One Response to Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni

  1. -ZuoYInG- says:

    Your Malay is quite good.Although it’s just change,I think it’s quite well done!!You could do it better.Gambateh~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: